Tuesday, January 25, 2011

Amanat Tahun Baru 2011 oleh Naib Censelor

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan perbarisan sempena AMANAT TAHUN BARU NAIB CANSELOR (NC) pada 24 Januari 2011 (Isnin), jam 8.30 pagi bertempat di Dataran Wawasan, UPNM.

Terdapat beberapa isu, berita dan maklumat yang dibangkitkan oleh NC.
Antara perkara yang kami ingin bangkitkan disini ialah :

-tiada lagu gangguan bekalan air dan elektrik di kawasan kampus UPNM.

-blok perpustakaan dan ICT yang baru sudah pun dibuka kepada semua pelajar untuk diguna. bangunan yang masih dalam proses pembinaan hanya kini tinggal blok-blok fakulti yang baru serta asrama pelajar.

-penerimaan kemasukan pelajar luar negara dalam masa yang terdekat (pelajar post-graduate dan ke atas)

Akir kalam, rengungilah kata-kata ini,

"Walau sehebat mana sekali pun rancangan NC, tanpa komitmen kita semua, segalanya serba tak jadi. Bersamalah menyokong dan menjunjung aspirasi ini dalam merealisasikan sangga intelek."
....YDP MPP 2010/2011

IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET 2011/2012

mua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my.


Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut...

Sunday, December 5, 2010

maaf..

maaf jika apa yang kami lakukan selama ini tidak mendapat publisiti meluas dari media2..

maaf jika ada yang merasa menjadi extrimis itu suatu keperluan sedangkan kami tidak..

maaf sekali lagi jika pendapat kami tidak sama dengan pendapat Majlis tertinggi pelajar di IPT2 lain..

maaf juga sekiranya kami cuba mengambil jalan tengah untuk tidak menimbulkan huru-hara dalam universiti pertahanan ini dengan tidak melantangkan suara berdemonstrasi dan berdebat-pidato berhubung pergolakan isu semasa negara...

sesungguhnya, kami lebih suka membicarakan pergolakan isu semasa dalam kampus berbanding isu semasa dalam negara, demi memuaskan hati kesemua pihak.agar tak ada bunyi-bunyi sumbang diceruk-ceruk kesungguhan menuntut ilmu...

pada kami, sekadar lantang bersuara sahaja tidak menjanjikan apa-apa.setiap orang punya cara sendiri.biar majlis tertinggi mahasiswa IPT lain dengan cara mereka.mungkin itu bersesuaian dengan polisi kampus mereka...dan kami, tetap dengan cara sendiri..

terima kasih kerana cuba memahami...

Sunday, August 1, 2010

3rd generation ROTU of UPNM

salam sejahtera kepada semua...
latihan Palapes UPNM baru sahaja bermula.ramai yang mula membina semula fitness masing-masing.nasihat dari pihak kami, rajin-rajinlah datang training..elaun dapat, kredit cukop, nak graduate pun senang.hehe...

sebanarnya, post kali ini hanyalah sekadar ingin memberitakan kepada semua intermediate Palapes, bahawa design baju inter sudah pon siap.InsyaALLAH, dlm masa yang terdekat, kita akan siap distribute.itu pon setelah anda semua bayarlah :D

disini, disertakan design baju inter mengikut kompeni.sebarang, komentar, boleh dinyatakan samada disini atau terus kepada FB account :


Monday, July 12, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru UPNM



Julai 4,2010..hari Pendaftaran Pelajar Baru UPNM.banyak yang melapor diri.ratusan pelajar membanjiri Dewan Pendekar, ramai juga ibubapa yang beriktikaf di Masjid.satu hari yang penat tapi bererti...

Thursday, June 24, 2010

Sukarelawan di Kuala Lumpur International Batik KLIB Convention and Exhibition 2009

Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention and Exhibition 2009 telah berlangsung dengan jaya di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 11 disember hingga 13 disember 2009. Seramai sembilan orang pelajar dari Universiti Pertahanan National Malaysia dibawah Kelab Penyayang telah menjadi sukarelawan bagi menjayakan lagi aktiviti yang dianjurkan di KLCC. Para pelajar diberi pendedahan bagai mana cara menguruskan perbincangan yang turut disertai oleh ‘foreign speakers’. Disini para pelajar dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.





Pre-Employment Workshop

6 februari 2010: Seramai 100 orang pelajar awam UPNM telah menyertai program ini yang diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebagai persediaan dalam memasuki alam pekerjaan. Program selama sehari ini diadakan di Dewan Pendekar, UPNM telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar &Alumni UPNM, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah. Antara aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran bagaimana untuk memenangi hati majikan, kepentingan pengetahuan dalam ICT, membuat Resume, persiapan menghadapi temuduga. Semoga program yang dianjurkan dapat meningkatkan soft skill, keyakinan diri dan persiapan yang rapi ketika menghadapi temuduga.