Thursday, June 24, 2010

Sukarelawan di Kuala Lumpur International Batik KLIB Convention and Exhibition 2009

Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention and Exhibition 2009 telah berlangsung dengan jaya di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 11 disember hingga 13 disember 2009. Seramai sembilan orang pelajar dari Universiti Pertahanan National Malaysia dibawah Kelab Penyayang telah menjadi sukarelawan bagi menjayakan lagi aktiviti yang dianjurkan di KLCC. Para pelajar diberi pendedahan bagai mana cara menguruskan perbincangan yang turut disertai oleh ‘foreign speakers’. Disini para pelajar dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.





Pre-Employment Workshop

6 februari 2010: Seramai 100 orang pelajar awam UPNM telah menyertai program ini yang diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebagai persediaan dalam memasuki alam pekerjaan. Program selama sehari ini diadakan di Dewan Pendekar, UPNM telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar &Alumni UPNM, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah. Antara aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran bagaimana untuk memenangi hati majikan, kepentingan pengetahuan dalam ICT, membuat Resume, persiapan menghadapi temuduga. Semoga program yang dianjurkan dapat meningkatkan soft skill, keyakinan diri dan persiapan yang rapi ketika menghadapi temuduga.






Tuesday, June 22, 2010

Program NDUM Per Skill Workshop Siri 1/2010







Program ini telah diadakan di Hotel Dpalma , Ampang , Selangor pada 23- 24 Januari adalah di bawah kendalian En. Shahrizal Samad. Program ini disertai seramai 33 orang pelajar awam dan 4 orang pelajar kadet UPNM bertujuan membentuk dan memberi pendedahan awal kepada ahli PEERS UPNM dengan asas kemahiran dan teknik bimbingan serta kaunseling supaya dapt diaplikasikan di universiti kelak. Beberapa orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan slot ceramah, seminar, dan LDK. Majlis penutupan talah dirasmikan oleh Timbalan Nib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah.




Satu pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli anjuaran Majlis
Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) telah diadakan pada 20-24 Februari
2010 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak . Universiti kita telah
diwakili oleh Nurul Asyiqin Bt Mohamed dengan dendangan lagu
Zapin Pusaka. Ini adalah penyertaan pertama UPNM dalam
pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta
dari UUM, Fazli Awang untuk kategori lelaki manakala kategori
wanita dimenangi oleh Haslinah Mat Salleh dari UPSI.