Tuesday, June 22, 2010





Satu pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli anjuaran Majlis
Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) telah diadakan pada 20-24 Februari
2010 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak . Universiti kita telah
diwakili oleh Nurul Asyiqin Bt Mohamed dengan dendangan lagu
Zapin Pusaka. Ini adalah penyertaan pertama UPNM dalam
pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta
dari UUM, Fazli Awang untuk kategori lelaki manakala kategori
wanita dimenangi oleh Haslinah Mat Salleh dari UPSI.

No comments:

Post a Comment