Sunday, December 5, 2010

maaf..

maaf jika apa yang kami lakukan selama ini tidak mendapat publisiti meluas dari media2..

maaf jika ada yang merasa menjadi extrimis itu suatu keperluan sedangkan kami tidak..

maaf sekali lagi jika pendapat kami tidak sama dengan pendapat Majlis tertinggi pelajar di IPT2 lain..

maaf juga sekiranya kami cuba mengambil jalan tengah untuk tidak menimbulkan huru-hara dalam universiti pertahanan ini dengan tidak melantangkan suara berdemonstrasi dan berdebat-pidato berhubung pergolakan isu semasa negara...

sesungguhnya, kami lebih suka membicarakan pergolakan isu semasa dalam kampus berbanding isu semasa dalam negara, demi memuaskan hati kesemua pihak.agar tak ada bunyi-bunyi sumbang diceruk-ceruk kesungguhan menuntut ilmu...

pada kami, sekadar lantang bersuara sahaja tidak menjanjikan apa-apa.setiap orang punya cara sendiri.biar majlis tertinggi mahasiswa IPT lain dengan cara mereka.mungkin itu bersesuaian dengan polisi kampus mereka...dan kami, tetap dengan cara sendiri..

terima kasih kerana cuba memahami...

Sunday, August 1, 2010

3rd generation ROTU of UPNM

salam sejahtera kepada semua...
latihan Palapes UPNM baru sahaja bermula.ramai yang mula membina semula fitness masing-masing.nasihat dari pihak kami, rajin-rajinlah datang training..elaun dapat, kredit cukop, nak graduate pun senang.hehe...

sebanarnya, post kali ini hanyalah sekadar ingin memberitakan kepada semua intermediate Palapes, bahawa design baju inter sudah pon siap.InsyaALLAH, dlm masa yang terdekat, kita akan siap distribute.itu pon setelah anda semua bayarlah :D

disini, disertakan design baju inter mengikut kompeni.sebarang, komentar, boleh dinyatakan samada disini atau terus kepada FB account :


Monday, July 12, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru UPNM



Julai 4,2010..hari Pendaftaran Pelajar Baru UPNM.banyak yang melapor diri.ratusan pelajar membanjiri Dewan Pendekar, ramai juga ibubapa yang beriktikaf di Masjid.satu hari yang penat tapi bererti...

Thursday, June 24, 2010

Sukarelawan di Kuala Lumpur International Batik KLIB Convention and Exhibition 2009

Kuala Lumpur International Batik (KLIB) Convention and Exhibition 2009 telah berlangsung dengan jaya di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 11 disember hingga 13 disember 2009. Seramai sembilan orang pelajar dari Universiti Pertahanan National Malaysia dibawah Kelab Penyayang telah menjadi sukarelawan bagi menjayakan lagi aktiviti yang dianjurkan di KLCC. Para pelajar diberi pendedahan bagai mana cara menguruskan perbincangan yang turut disertai oleh ‘foreign speakers’. Disini para pelajar dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka.





Pre-Employment Workshop

6 februari 2010: Seramai 100 orang pelajar awam UPNM telah menyertai program ini yang diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebagai persediaan dalam memasuki alam pekerjaan. Program selama sehari ini diadakan di Dewan Pendekar, UPNM telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar &Alumni UPNM, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah. Antara aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran bagaimana untuk memenangi hati majikan, kepentingan pengetahuan dalam ICT, membuat Resume, persiapan menghadapi temuduga. Semoga program yang dianjurkan dapat meningkatkan soft skill, keyakinan diri dan persiapan yang rapi ketika menghadapi temuduga.






Tuesday, June 22, 2010

Program NDUM Per Skill Workshop Siri 1/2010







Program ini telah diadakan di Hotel Dpalma , Ampang , Selangor pada 23- 24 Januari adalah di bawah kendalian En. Shahrizal Samad. Program ini disertai seramai 33 orang pelajar awam dan 4 orang pelajar kadet UPNM bertujuan membentuk dan memberi pendedahan awal kepada ahli PEERS UPNM dengan asas kemahiran dan teknik bimbingan serta kaunseling supaya dapt diaplikasikan di universiti kelak. Beberapa orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan slot ceramah, seminar, dan LDK. Majlis penutupan talah dirasmikan oleh Timbalan Nib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM, Prof Wan Mahzom bt Ahmad Shah.




Satu pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli anjuaran Majlis
Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) telah diadakan pada 20-24 Februari
2010 bertempat di Universiti Malaysia Sarawak . Universiti kita telah
diwakili oleh Nurul Asyiqin Bt Mohamed dengan dendangan lagu
Zapin Pusaka. Ini adalah penyertaan pertama UPNM dalam
pertandingan ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta
dari UUM, Fazli Awang untuk kategori lelaki manakala kategori
wanita dimenangi oleh Haslinah Mat Salleh dari UPSI.

Tuesday, March 9, 2010

KURSUS INDUKSI MPP SESI 2009/2010


Pembentangan Takwim MPP Sesi 2009/2010



Pembentangan Takwim MPP Sesi 2009/2010


Slot bersama Prof Wan Mahzom Ahmad Syah
"MPP Adalah Ikon."

Perbincangan Takwim MPP Sesi 2009/2010



Kursus Induksi MPP Sesi 2009/2010
Hotel Seri Malaysia, Genting Highland.


Slot LDK bersama Pegawai Pengiring


Slot bersama Encik Mohd Izani Mohd Zain
"MPP: Pelajar, Pemimpin dan Tanggungjawab."


Slot bersama Prof Wan Mahzom Ahmad Syah

Pada 26 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010, seramai 12 orang ahli MPP telah mengikuti Kursus Induksi bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting. Kursus ini turut disertai oleh tiga orang pegawai pengiring iaitu Cik Safinah Dzulkifli, Encik Khairi bin Rosli dan Cik Nik Mardhati binti Mudi. Kursus ini memberi pendedahan kepada ahli MPP yang baru mengenai ikon seorang MPP dan juga tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap ahli MPP. Majlis Perasmian Kursus Induksi MPP Sesi 2009/2010 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof Wan Mahzom binti Ahmad Syah. Antara slot yang diselitkan ialah 'MPP Adalah Ikon', yang disampaikan oleh Prof Wan Mahzom. Slot kedua disampaikan oleh Encik Izani bin Mohd Zain (Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengajian Tinggi). Slot yang seterusnya disampaikan oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang bertajuk 'Pemimpin dan Komunikasi.' Selebihnya slot-slot LDK dikendalikan oleh pegawai-pegawai pengiring.

Tuesday, February 23, 2010



WELCOME.
BLOGGING IN PROGRESS.
KINDLY WAIT FOR OUR NEW POSTS!!!
THANKS FOR YOUR SUPPORT.