Sunday, December 5, 2010

maaf..

maaf jika apa yang kami lakukan selama ini tidak mendapat publisiti meluas dari media2..

maaf jika ada yang merasa menjadi extrimis itu suatu keperluan sedangkan kami tidak..

maaf sekali lagi jika pendapat kami tidak sama dengan pendapat Majlis tertinggi pelajar di IPT2 lain..

maaf juga sekiranya kami cuba mengambil jalan tengah untuk tidak menimbulkan huru-hara dalam universiti pertahanan ini dengan tidak melantangkan suara berdemonstrasi dan berdebat-pidato berhubung pergolakan isu semasa negara...

sesungguhnya, kami lebih suka membicarakan pergolakan isu semasa dalam kampus berbanding isu semasa dalam negara, demi memuaskan hati kesemua pihak.agar tak ada bunyi-bunyi sumbang diceruk-ceruk kesungguhan menuntut ilmu...

pada kami, sekadar lantang bersuara sahaja tidak menjanjikan apa-apa.setiap orang punya cara sendiri.biar majlis tertinggi mahasiswa IPT lain dengan cara mereka.mungkin itu bersesuaian dengan polisi kampus mereka...dan kami, tetap dengan cara sendiri..

terima kasih kerana cuba memahami...

No comments:

Post a Comment